Skip to main content

TIPS PEMAKANAN UNTUK GOUT!


 Ada yang mengalami masalah gout?
Atau ada ahli keluarga yang menghidapi gout?

Anda patut pelajari pemakanan yang sesuai bagi individu gout untuk bantu mereka kawal & kurangkan kesan sampingan gout.

PUNCA GOUT:
Gout terhasil disebabkan kadar asid urik yang tinggi dalam darah. Asid urik merupakan salah satu bahan kumuhan terhasil dari pencernaan protein dalam badan & sepatutnya, asid urik akan disingkirkan melalui air kencing. TETAPI, apabila kadar asid urik terlalu tinggi, akan berlaku pengumpulan asid urik sehingga terjadinya hablur kristal di sekitar sendi2 anda & kadangkala terjadinya benjolan.

Sekali terkena gout, sakitnya sangat peri. Lebih lagi yang ada benjolan. Walaupun terkena angin sahaja, pedihnya umpama terhiris kulit.

APA PERLU BUAT UNTUK KURANGKAN SAKIT?

1.       GOUT PERINGKAT AWAL
·       Boleh dikurangkan melalui kawalan makanan/diet

·       ELAKKAN!:
x makanan laut (ketam,udang,kerang, dll)
x kacang soya
x makanan bertin (sardin,dll)
x minuman tinggi gula (air gas,dll)
x ikan kembung, ikan parang, ikan bilis
x organ dalaman (otak lembu, hati lembu/ayam,dll)

·       SESUAI DIAMBIL:
x sayuran hijau
x nasi, bihun, kue tiaw, biskut
x buahan
x susu & keju

·       HADKAN:
x Sayuran seperti bayam, kobis bunga, asparagus, cendawan
   (Hadkan pada ½ cawan sehari)
x Ikan, Ayam, Daging
   (Hadkan pada 2 hidangan sahaja sehari)

·       PERBANYAKKAN MINUM AIR MASAK/MINERAL





2.       GOUT PERINGKAT KRITIKAL
·       Perlu pengambilan ubat saranan daripada doktor anda. Pastikan sentiasa follow up rawatan & patuh pada cara pemakanan ubat dari doktor anda. Sertakan dengan kawalan diet, gout anda berpeluang untuk pulih.




Dapatkan nutrisi keperluan harian hanya dalam SATU BOTOL! Boleh digunakan sebagai alternatif mengurangkan risiko GOUT juga. KLIK SINI!





Comments

Popular posts from this blog

KERETA ROSAK/BREAKDOWN TEPI JALAN?

Pernah rasai pengalaman kereta rosak tiba - tiba? Walhal anda dalam perjalanan jauh untuk ke destinasi sendiri. Lagi - lagi bila anda berada di kawasan highway panjang & sunyi. Terutama kalau anda wanita berseorangan. Ha! Seram kan? Okay! Jangan panik dulu. Sekiranya anda berada di kawasan lebuhraya, cuba hubungi talian pasukan peronda lebuh raya & maklumkan situasi anda beserta lokasi. Pentingnya untuk anda sentiasa simpan nombor talian bantuan sebegini untuk digunakan semasa kecemasan. Tetapi! Sementara menunggu pasukan peronda sampai ke lokasi anda, ikuti  7 LANGKAH - LANGKAH AWAL PERLU DIAMBIL SEMENTARA BANTUAN TIBA! Tips ini penting bagi mengelakkan situasi berbahaya terjadi terutama pada waktu malam. Jangan ambil mudah ya! Pastikan selepas ini anda jaga & sentiasa servis kereta anda sebelum mulakan pemanduan jarak jauh. Semoga bermanfaat!

TIPS PENTING SEBELUM BELI KERETA SECOND HAND!

Ramai yang mencari pelbagai cara untuk dapatkan kenderaan sendiri. Betul? Tapi ramai mana yang betul-betul mampu untuk punyai kenderaan sendiri memandangkan kos sara diri masa kini adalah tinggi? Jadi, salah satu cara bagi mendapatkan kenderaan dengan kos lebih rendah di pasaran adalah dengan membeli kenderaan berstatus SECOND HAND! Tapi, sebelum anda dapatkan kenderaan SECOND HAND, anda perlulah ambil berat tentang beberapa perkara supaya pembelian anda adalah BERBALOI. Ini penting untuk elakkan anda tertipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab! Walaupun SECOND HAND, pastikan kualitinya hampir sama macam kereta baru! Jom ikuti  10 TIPS PERLU ANDA AMBIL BERAT SEBELUM BELI KERETA SECOND HAND DI MALAYSIA Semoga membantu!